Tuesday, April 30, 2013

menghargai itu kemuliaan pada Hati

Bukan semua hati mampu menerima setiap yang berlaku antara nyata dan tidak, antara rahsia mahupun jelas. Semua itu terletak pada seseorang itu,kita lupa hati manusia mahukan perhatian kasih dan juga sayang tapi kita selalu melakukan pekara yang sama iaitu kesilapan. Terkadang berfikir sejenak kenapa hati kita sering diduga,manusia akan selalu mempersoalkan sebab sifat semulajadi manusia itu ingin mengetahui setiap yang berlaku walaupun seringkali hikmahnya sudah tersurat. Jangan salahkan diri bila kita diuji dengan disakiti,dikhianati,dizalimi tapi ini semua balasan kita tanpa sedar pada insan-insan yang kita tak pernah kita endahkan, selalu kita pertikaikan APA AKU BUAT??? lupakah kita. Semua yang datang atas kesilapan kita sendiri?? semua itu lah pengalaman sebenarnya, pengalaman kita mengerti hati sendiri dan hati orang lain.


Allah duga kita untuk kita jadi seorang yang matang, untuk jadikan kita manusia yang tahu menghargai orang lain tak kisahlah siapa sahaja. Sentiasa menerima setiap pandangan orang. Tapi jangan pula kita biarkan hati kita diinjak-injak oleh orang lain. Sesekali kita perlu tegakkan perasaan kita, orang lain tak tahu kenapa kita begini kenapa kita begitu. Apa yang orang nampak itu lah yang mereka fikir. Kita tak ada hak nak puaskan kehendak semua orang mahupun kepuasan mereka. Kita sendiri yang perlu tahu apa yang kita mahukan.

kata pujangga Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging. 

Begitu juga apabila kita bercinta, jaga lah hati kamu itu agar tidak disakiti, Tapi siapa kita nak mengelak ujian dariNya tentang tafsiran cinta ini. Hati dicintai oleh manusia selalu sahaja disakiti, sebab semua manusia melakukan silap. Jadi sebagai Manusia yang punyai perasaan yang sama terimalah seadanya apa yang ada pada manusia yang lain. Baru lah cinta di hati itu hakiki dan diredhai sepanjang hayat JIKA yang mencintai itu ke jalan yang lebih sempurna, Apa pun CINTA DARI ALLAH itu lah yang sebenarnya dan kita takkan pernah disakiti jika kita lontarkan cinta yang ikhlas .

No comments: