Sunday, December 25, 2011

kerana sayang

   Ku pernah cuba sampaikan rasa yang berbuku sewaktu aku menatapi wajahnya,ku pernah cuba untuk tunjukkan rasa yang membengkam untuk dia tahu,ku pernah cuba untuk menggenggam tangannya tika waktu aku ingin meluahkan rasa yang aku resap dalam hati......Tapi aku tak mampu,tak mampu untuk membuat dia tahu tentang hati ini.

Aku menangis tika dia tidak mempedulikan aku..Aku mempamerkan riak wajah yang gembira untuk dia,agar dia tahu ku bahagia disamping dia.Aku kesat kuat-kuat air mata yang mengalir ini kerana aku tahu dia takkan tahu akan aku..

Sayang,awak kat mana ni?Lama saya tunggu awak kat tasik ni sayang.


Jari ku pantas menaip keypad telefon bimbit dan menunggu jawab balas dari dia.Bipp!

B,sayang ada hal lah nanti kita jumpa ya.Bye


Perlahan-lahan aku berganjak bangun dari tempat yang aku duduk,berbekas rumput yang aku duduk itu.Aku hanya tersenyum dengan jawapan dia,aku memahami dia setiap waktu yang di inginkan malah setiap saat mahupun detik.Air mata tetap mengalir,lembutnya hati lelaki ku ini.

Aku memandu laju motor super-bike yang aku pandu untuk melepaskan rasa sakit di hati.Setiba dirumah,aku  menghenyakkan badan ku di kusyen yang empuk.Aku mengambil keputusan untuk keluar bersama rakan-rakan dengan menghabiskan masa bersama-sama mereka malam nanti.Rasanya lama aku tak keluar dengan mereka sebuk dengan belajar.

Aku SMS Razi,rakan sekelas aku.

Razi,malam jom lepak?


Ok bro,tempat biasa.


siapa saja yang ada?


ramai lah,budak-budak kita.


Aku mandi dan solat asar,sesudah itu aku rehat di atas kerusi malas.Rasa nak makan pun aku tak lalu ini kan keluar.Aku teringat kata-kata Hazim.

Basyar,aku tengok kau ni 'manja'kan sangat Sofia tu kenapa?.Kadang-kadang tu aku tengok dengan mana-mana lelaki kau izinkan dia keluar.Aku tahu lah tu kawan dia tapi kau kena lah ingat semua tu boleh menjejaskan hubungan kau.Memanglah title suami tu tak ada lagi tapi kau boleh pikir tak?


Hai Hazim,kau kalau bagi nasihat kat aku ni boleh kena seriau aku hari-hari macam ni.Sedang asyik aku mengelamun aku teringat kat Sofia tapi satu mesej dari dia tak kelihatan malah telefon ini tak berguna langsung,bergunalah juga untuk mak dan ayah kat kampung tu.

Aku hantar SMS kepada Sofia,jam 6:30 petang waktu kelas pasti sudah habis.

Sayang,B rindu kat sayang.Balik dari kuliah tu hati-hati ya sayang.


Aku menunggu mesej tersebut berbalas tapi tetap juga tidak.Lupakan lah.


***


"Sayang,kenapa bila jumpa B ni macam nak mengelak je?,B ada buat salah ke?".Sofia menggelengkan kepala dan senyap memandang aku.
"Kalau tak kenap..."Aku cuba menghabiskan apa yang aku cakap,tiba-tiba telefon bimbit Sofia berdering,aku memandang dia.Dia kelihatan serba salah untuk mengangkat panggilan tersebut,aku menganggukkan kepala tanda membenarkan dia mengangkat panggilan itu.

Apa yang aku tahu dia akan menjauhkan diri daripada aku apabila menjawab sesuatu panggilan.15minit berlalu,aku sabar menunggu.Selesai menunggu Sofia menghampiri aku.

"B,awak sayang saya tak?".Aku tersenyum dengan soalan itu dan aku jawab dengan tenang.
"Ya sayang,B sayang sangat-sangat kat kamu lebih daripada nyawa B.Kenapa tanya?".Aku menanyakan dia semula.Tetapi dia bertukar soalan kepada aku.
"B,sayang nak keluar dengan Saiful boleh?Dia nak jumpa sayang."Saiful?Aku boleh kata aku tak suka dengan lelaki itu,bukan ke dia sudah berkahwin?.Tak apa lah aku benarkan.

Aku ke hulu dan hilir,boleh dikatakan macam kucing kehilangan anak.Jam menunjukkan pukul 10:30malam,mata ku masih segar menanti panggilan daripada Sofia.Lama ku tunggu hampir satu jam,jam pula berganti jam 11:30 malam.Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Sofia.

"Sayang dah balik belum?".Aku dengar suaranya seperti letih.
"Sudah,sorry tak bagitahu"
"Okay,selamat malam sayang B sayang kat sayang"Aku ingin menanyakan pukul berapa dia pulang tapi tak sampai hati pula esok kan aku jumpa dia.

Waktu petang di cafe ramai sangat pelajar berkumpul dengan cara masing-masing.Aku menanti buah hati aku dengan rasa yang sangat gembira.Hah!tu dia,cantik sangat berbaju kurung manis dari jauh.Jadi calon isteri lah yang paling baik sekali.Dia menghampiri aku,wangi bau nya.
"B,tolong jaga kan phone ya.Sayang nak beli barang kat kedai"Aku tersenyum.
Telefon bimbit Sofia tiba-tiba bergegar.Mesej masuk.Entah kenapa aku ingin membaca apa kandungan mesej tersebut.

My lover: Sayang,hujung minggu nanti balik kampung ya abang nak ajak jalan sama-sama dengan anak-anak abang.

Satu tamparan dasyat di pipi ku,ada satu tenaga yang pergi daripada semangat aku.My lover??Saiful kah??kenapa My lover??Aku kenapa hanya nama Basyar??Sedangkan nama dia aku letak My Wife.Kenapa??

Sofia datang ke tempat ku,dia duduk dan aku pula bangun.Aku mengembalikan telefonnya.Aku hanya memberi alasan badan ku tak sihat.Sofia terpinga-pinga.Aku memecut laju motor yang ku pandu ini
rasa sakit yang teramat sangat.


***


"Kahwin long??"Mak terkejut dengan ungkapan aku yang seperti bersahaja.
"Iye lah,mak along nak kahwin habis belajar,tapi sebelum tu along nak mak merisik dahulu buat ada ikatan pertunangan"Aku benar-benar dengan hasrat ku.
"Kalau Sofia mak nak lah,berkenan mak dengan dia"Aku tersenyum,aku tetapkan tarikh dengan mak.

Esok pagi tarikhnya,selepas bertikam lidah dengan mak.Memang gelak aku rasa tarikh yang di tetapkan mak aku seorang ni,tapi dia lah yang paling best buat aku.

Petang tu aku dapat keputusan daripada mak,mak tahu aku seorang yang kuat.Dia genggam tangan aku kuat-kuat,aku nampak air mata mak mengalir.Mak??kenapa ni sayang.Aku dengar penjelasan mak.
"Mak tahu along sayang sangat dekat Sofia,mak nampak anak mak betul-betul bertanggungjawab dengan perempuan yang anak mak sayang.Tapi Basyar,ingat nak.Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kita.Sofia tak pilih kamu sayang,dia baru sahaja di risik oleh seorang duda dan telah pun di terima oleh Sofia sendiri."Mak memeluk ku.

Ya Allah,aku benar-benar tak kuat sebenarnya.Sudah tiga tahun ikatan ini terjalin tapi kenapa?.Aku menghubungi Maisarah sahabat Sofia,aku bertanya tentang Sofia selama ini.Setelah diceritakan oleh Maisarah,aku mengerti Saiful itu adalah cinta pertama Sofia dan selama ini Sofia berharap dapat mengahwini Saiful.

Malam itu,aku solat Tahjud.Dalam solat itu aku menangis untuk memohon diberikan aku kekuatan hadapi dugaan yang panjang.Aku doakan kebahagiaan buat Sofia agar dia bahagia dengan apa yang dia inginkan.


***


"Cantik Sofia pakai baju kurung warna purple ni,Basyar suka tengok.Oh ya,kat tangan Basyar ada sebuah kotak dalam ni ada cincin,cincin sebagai lambang Basyar nak jadikan Sofia sebagai isteri Basyar,tapi sayang sekali bukan jodoh Basyar."Air mata ku mengalir.
"Basyar nak nanti jadi isteri yang solehah ya Sofia.Kalau cincin ni Sofia tak mampu simpan Sofia campak lah kat tasik yang selalu Basyar tunggu Sofia tu.Jaga diri nanti bila sudah bergelar isteri orang ya sayang.Assalamulaikum"

Aku pergi dan berlalu dalam bayangan Sofia.Selamat tinggal kekasih gelap ku.

1 comment:

MY BELL said...

huhu aku buat citer ni aku lak yg sedih