Friday, April 13, 2012

LAMBAIAN CINTA


BAB 1
        Semalam wajah itu muncul lagi dalam ruang mimpi Ari,hampir setiap kali mimpi itu membuat dia tertanya-tanya seketika dalam jaganya.Ah lupakan lah tentang wajah itu,sekarang aku fikirkan macam mana nak berdepan dengan klien pertama aku dari India.Hai papa,tak ada klien dari Malaysia ke nak dijumpakan oleh manusia ni,baru first time kerja dah kena jumpa klien luar negara kalau dalam negara boleh terima lagi.Ari merungut sendiri.Satu-satunya anak tunggal perempuan Dato Sheikh Ismail daripada 8 orang anak-anak lelakinya yang lain dan seorang ini lah yang menjadi penyeri dalam rumah tangga Dato Sheikh Ismail sendiri.Syarikat ini juga telah di wasiatkan waris perempuan dalam pemasaran antarabangsa hasil-hasil laut oleh Dato sendiri.

"Anak papa okay tak ni sayang?"Tiba-tiba Dato muncul dalam bilik Ari tanpa pengetahuan Ari.
"Eh,papa?.Dari mana papa datang ni?tak perasan pun papa masuk?"Ari terkejut,suara garau menegurnya dari arah belakang tempat duduknya.
"Tadi papa jadi Spiderman sekejap,tu yang Ari sendiri tak perasan papa masuk"Usik Dato sambil menarik hidung anak perempuannya ini.Ari mengaduh sakit.
"Ermm Angah mana pa?Tadi nak sangat tolong Ari,batang hidung pun tak kelihatan.Ari cuak lah pa.Mana tak nya,hari ni Ari nak jumpa klien dari India.Papa ni pun hai,tak ada ke klien yang boleh buat Ari nak berkomunikasi dengan mudah?"Ari menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap temujanji yang ditetapkan oleh ayahnya.
"Hahaha..you can handle it honey.Takkan setakat jumpa klien dari India Ari nak mengalah kut?Ari kan brutal kalah abang-abang yang lain.okay honey papa ada kerja lagi nak buat,nanti ada apa-apa hal papa suruh Hanis kat luar tu tolong Ari anak papa sayang ni."Dato berlalu pergi meninggalkan Ari dalam kebingungan.
Alah papa ni,tak bagi chance langsung lah.
Tokk..tokk..Bunyi ketukan dari luar pintu bilik Ari,gadis yang tinggi lampai menanti dari luar pintu tersebut.
"Masuk!"Arah Ari.
"Cik Ari,ermm..Your dad tadi suruh i tengok-tengokkan you buat kerja,ada apa-apa yang boleh i bantu cik?"Jelas Hanis pembantu peribadi yang ditugaskan oleh Dato kepada Ari.
"Now i rasa macam okay tak ada yang merumitkan,tapi nanti you boleh temankan i jumpa klien tak?agak nevourse sikit lah."Jelas Ari dengan muka yang toyer.
"Haha..okay,boleh cik Ari.Now i boleh keluar?."Ari mengangguk tanda mengizinkan Hanis keluar,Hanis tergelak kecil melihat telatah Bos baharunya ini.


BAB 2
      Sarah keliru tentang hubungannya sekarang,seolah-olah retak menanti belah.Bukan ini yang dipinta dalam hubungan cintanya,tak sangka akan berlaku yang tak ingin berlaku.Sayang sekali,permintaan Arsyad menghiris hatinya.
"Buat masa sekarang you jangan call i,you jangan cari i dan jangan mesej i.I tak tahu nak jelaskan apa pada you sekarang.Bagi i ruang untuk bersendiri."Jelas Arsyad ikut naluri hatinya.
"But why bee?You know i really love you??,i tak faham kenapa you jadi macam ni.Apa salah i dan silap i?."Tanya Sarah dalam keadaan sendu sedan.Sebak di dadanya tak mampu tertahan lagi.Peristiwa semalam menerjah tiba-tiba dalam fikirannya,cepat-cepat dibuang perasaan bercelaru itu supaya tidak menggangu kerjanya.

Hanis muncul di hadapan mejanya.

"Oi,termenung?!"Sergahan Hanis mengejutkan Sarah.
"Oh,mak kau jatuh.Hanis!Kau kan suka buat aku terkejut.Bagilah salam kan bagus."Sarah mengomel.
"Ha,nak tanya.Kau dah kenal dengan anak Dato Sheikh yang handle pemasaran kita sekarang?"Tanya Hanis.
"Belum,dengar kata anak Dato yang perempuan tapi macam tak nampak je kelibat wanita yang berkaliber lalu lalang dekat sini?"
"Haha anak Dato yang kita tahu semua lelaki kan?Aku pun fikir macam tu,kau tahu tak masa first time Dato bagitahu kat aku.Tadi Dato jelaskan anak dia perempuan cuma perwatakannya macam lelaki.Ya Allah,memang sebiji macam lelaki.tapi nampak cantik lah.Baru tadi teman dia jumpa klien,boleh tahan lah cara dia mengurus macam dah biasa saja dengan bisnes..Haha"Jelas Hanis panjang lebar diikuti gelak manjanya.

Sarah tersenyum mendengar penjelasan Hanis,almaklum Hanis ni boleh dikatakan penyampai maklumat yang pantas.Dalam pejabat ni semua pekerja kenal cara dan sikap Hanis tapi Hanis seorang kawan yang baik bagi Sarah.Tiba-tiba dalam perbualan mereka muncul Ari tiba-tiba.

"Ha,penat i cari you.Ermm...pukul 4 petang nanti you ikut i pergi tempat penternakkan ikan.Ada pembaharuan di kawasan penternakan kat situ"Jelas Ari,Hanis terkebil-kebil melihat Ari yang tiba-tiba muncul di meja Sarah,entah dari mana.
"Ermm tak pergi lunch ke??i tak ada kawan pula nak ajak lunch.Jom lah temankan i,ajak kawan you ni sekali.Ha..I Ari,and you?"Ari memulakan perbicaraan dengan stafnya,dia memang terkenal dengan sikap peramahnya.itu sudah menjadi lumrah dalam hidupnya,walau dengan siapa sekalipun.
"I Sarah..Nice to meet you."Balas Sarah dengan senyuman dan senyuman itu dibalas dengan ikhlas oleh Ari.
"Okay lah jumpa dekat car park ya."Ari berlalu meninggalkan mereka berdua.

Mikael menyesal atas perbuatannya pada seorang gadis yang pernah bertakhta dihatinya,kerana egoisnya dia di hantui rasa bersalah dalam diri terhadap gadis itu.Matanya dipejam rapat-rapat untuk merungkai kenangan yang datang kejap-kejap dalam jaganya.puas dia mencari gadis itu,tapi hampa dalam hari-hari pencariannya.

Sayang,maafkan kesalahan abang..Dimanakah kamu berada sayang????...

"Lepaskan aku!Mikael..aku cakap lepas!"Rayu gadis itu kepada Mikael untuk dilepaskan.
"Tak,aku takkan lepaskan kau.Kenapa susah sangat kau nak percayakan aku??ha?!!."Keras peganggan Mikael pada pergelangan gadis itu.
"Mikael!!Aku bukan macam perempuan yang pernah kau tidur sebelum-sebelum ni,And kau kena sedar aku ni tunang kau bukan isteri kau!"Kerana ikutkan nafsu yang membuak-buak Mikael tidak mempedulikan rayuan gadis itu dalam dakapannya.Gadis itu tak mampu menolak rakusan manusia berhati binatang ini.

    Peristiwa itu menggamit dalam fikirannya,bersalah yang teramat sangat.Meragut kesucian seorang gadis tanpa keizinannya.Mikael terkejut disergah anak lelakinya.Lamunannya terhenti seketika.Anak yang berusia 5 tahun hasil perkahwinan dengan bekas isterinya.Sayang Mikael kepada anaknya tak tertanding dia menyayangi dirinya sendiri,Mikael tersenyum melihat wajah anak tunggalnya ini.Dan diusap wajah kecil ini perlahan-lahan.
"Papa,Aris nak makan aiskrim boleh tak,papa belikan Aris aiskrim?Aris nak makan kat kedai yang hari tu papa bawa,kat situ sedap.Aris nak aiskrim coklat."Mikael tersenyum mendengar celoteh Aris ini,sesekali anak kecil ini membuatkan dia rasa bahagia.
"Baiklah,lepas tu kita pergi jalan-jalan ea,okay jom kita mandi dulu"Mikael mengendong Aris sambil dicium bertalu-talu wajah anaknya.Dan diikuti derai tawa Aris.

    Sarah jadi selesa berbual dengan Ari,seorang yang happy go lucky dan pandai mengambil hati.Rancak Ari bercerita diikuti derai tawa mereka bertiga.Tiba-tiba Arsyad menghampiri meja makan yang didiami Ari,Arsyad hanya perasan Ari dan Hanis tetapi tidak ke arah Sarah.Kerana Sarah membelakangi Arsyad.

"Ha,kat sini rupanya adik.Penat tahu tak abang cari adik.Papa suruh kita bersiap"Pesan Arsyad kepada adik bongsunya.
"What?Nak ke mana?Ari tengah makan lah ni"Ari mengunyah makanan yang masih ada dalam mulutnya.
"Ei,budak gemuk ni makan je tahu."Usik Arsyad dengan memekan mukanya.Cepat-cepat Arsyad membelakangkan badannya kerana takut dicubit oleh Ari.
"Helo,gemuk ni lah adik you okay,hu tunggu kejap Ari nak makan jangan pergi mana-mana."Mata Ari mengerling abangnya dengan jelingan yang tajam.Tiba-tiba Sarah terkejut setelah Arsyad memalingkan mukanya apabila dia berganjak sedikit ke tepi meja.Sarah memalingkan mukanya ke arah lain supaya tidak menampakkan wajahnya dihadapan Arsyad.
"Abang tunggu dalam kereta la okay."Seolah-olah Arsyad merasai sesuatu pada dirinya.
"Huh, tengok lah lelaki sejati,tunggu kejap pun tak boleh.Nyampah."Ari mengomel.
"Abang you jarang nampak kat office ya Ari?"Sengaja di tanya soalan itu kepada Ari,kerana sejak pertemuannya dengan Arsyad kali itu,kelibat lelaki itu tidak kelihatan lagi di pejabat cuma hari penting sahaja.Sarah mengeluh perlahan.

"Ermm..Dia sibuk dengan persiapan hari pertunangannya"Jelas Ari sambil menyedut air jus oren sejuk dihadapannya bersahaja.Terkejut Sarah mendengar perbualan Ari dengan Arsyad,cepat-cepat Sarah bangkit dari tempatnya dan berlalu pergi.Ari yang sedang rancak menjamu selera tiba-tiba turut terhenti seketika melihat tindakan Sarah.Hanis hanya terdiam memandang Ari.
Lain macam pula aku tengok Sarah ni,Ari monolog sendiri.
"Hanis...I dah siap makan,ermm..You nak i temankan sampai office tak?.Sebab I nak ikut abang I pergi jumpa papa I."Ari melepaskan kekenyangannya seketika.Arsyad memerhati telatah adiknya dari dalam kereta.

Kalau makan dah macam apa adik aku sorang ni,Arsyad menggelengkan kepala.

"Eh,Cik Ari tak mengapa lah.I boleh pergi sendiri,terima kasih ya Cik Ari tolong belanja untuk I dan Sarah."Hanis tersipu malu untuk mengucapkan terima kasih kepada Ari ,Ari hanya mengenyitkan matanya kepada Hanis tanda menerima ucapan itu dan berlalu pergi.Hanis terkesima dengan cara Ari.
Hai,Cik Ari nasib baik lah awak tu perempuan.Kalau lelaki mahu cair hati ni,tapi da rasa juga cairnya ni.Sengih Hanis sendiri.


Sarah mengeluh kesal berbaur sebak yang sungguh perit,dia cuba mengawal emosinya daripada diketahui oleh rakan sepejabatnya yang lain.Sarah tak sangka kesetiaannya selama ini hanya kepuraan yang dipaparkan oleh seorang lelaki yang dicintainya.Kelibat Hanis sudah kelihatan dari jauh untuk mendekati mejanya.Cepat-cepat dicampak jauh lamunannya tadi.

Ada cerita best lah tu.Mak Joyah sorang ni.

"Sarah!" Hanis teriak nama Sarah dengan nada sedikit kuat.Sambil bergegas menuju ke meja Sarah.
"Apa lah Mak Cik?"Sarah membalas dengan nada bersahaja,sambil menyibukkan diri dengan mengemas mejanya yang agak bersepah sedikit.
"Sarah,kau tahu tak Cik Ari belanja kita tahu.Baiknya dia tu."Hanis kelihatan seronok tak terkata.Sarah baru teringat tindakannya tadi yang beredar tanpa menghiraukan Cik Ari dan Hanis.Biadapnya aku ni,rasa bersalah pula.
"Dan ada lagi,ada ke patut dia kenyit mata kat aku tadi masa dia nak pergi jumpa ayah dia.Dah lah 'HANDSOME'."Sarah tersedak air liur mendengar pengakuan Hanis.
"HANDSOME???Hanis,dia perempuan okay.Kau ni buta ke rabun ke tak tahu lah kan.Agak-agaklah ya."Sarah sedikit membentak mendengar pengakuan Hanis.
"Memanglah she's women or girl,tapi kau boleh tengok cara dia Sarah,dia totally like a man.Perfact! tak salah kalau aku cakap dia handsome kan? Si kacak yang comel.Aku cakap direct lah kan,"perempuan" yang macam Cik Ari ni lebih mulia berkawan dengan dia daripada berkawan dengan lelaki sejati yang hanya tahu mengambil kesempatan.Seriusly."Hanis menjelaskan panjang lebar dengan Sarah,Sarah senyap seketika.
Ari datang ke pejabat sendiri dalam keadaan kelam kabut sedikit,staf nya juga turut kelam kabut kembali ke meja masing-masing.Hanis turut mengatur langkah menuju ke bilik Ari.

Ketukan pintu kedengaran dari luar.Masuk!

Kenapa Cik Ari??nampak macam kelam kabut je ni,boleh I bantu??”
Err…Tak perlu rasanya,barangnya dah jumpa pun.Tapi memang I nak jumpa you sekarang,tak sangka pula you datang tak perlu disuruh.Bagus I suka macam tu.Teruskan begitu ya.”Jelas Ari.Hanis tersenyum malu.Sambil mata Ari memerhati sekitar muka Hanis yang cantik iras pelakon Indonesia Nikkita Willy.
You berdiri tu kenapa??dengan I ni tak selalu formal,tak perlu lah takut okay.I bukan Dato tapi kalau Dato you mesti respect dia lah,cuma time I serius you should be serius too okay.”Ari melemparkan senyuman menampakkan sebaris gigi yang cantik.

      Meraka membincangkan beberapa pekara mengenai projek yang dijalankan,mencari dana dan peluang daripada klien luar negara dan dalam negara.Dengan ekonomi negara yang saban hari menaik dan menurun memerlukan persediaan kebarangkalian yang bakal berlaku oleh projek yang sedang diusahakan.Ari seakan bijak mengatur perancangannya,ketelitiannya terserlah dari wajah dan kerjanya itu tidak dinafikan lagi sikap dan caranya persis Dato Sheikh Ismail,mana tumpahnya kuah.Bak pepatah orang putih like father like son.
   
     Hanis menunjukkan minatnya bekerja di bawah naungan Cik Arissa Qasrina,bagi Hanis sesiapa sahaja mungkin takkan mengenali siapa Cik Ari.Sedangkan dia turut tertipu dengan perwatakkan Cik Ari sendiri walaubagaimanapun,dia selesa berkomunikasi dengan Bos nya ini,tak sombong walaupun anak Dato empunya empayar ni.Hanis tekun mendengar penjelasan Ari,takut pula kalau dia tak peka apabila ditanya.Perbincangan mereka lewat sampai ke petang,85% perbincangan tentang projek yang ingin dimajukan hampir selesai.Hanis minta diri untuk pulang.
Cik Ari,nampaknya sudah jam 6:30 petang I minta diri ya?”
Oh ya,baiklah.You boleh balik.Kalau ada apa-apa I hubungi you okay.”
Err…Cik Ari tak balik sama ke???”Tanya Hanis.
I balik kejap lagi,nak settle sikit kerja lain pula.”Ari mengeluh penat sambil menyandarkan tubuhnya dikerusi.
Okay.Kalau macam tu I balik dulu lah ya.Bye Boss.”Hanis senyum memandang Ari,Ari turut tersenyum melihat Hanis hilang dari pandangannya.

Ari mengusap wajahnya dengan sapu tangan yang dibuat sendiri berwarna biru lembut,letih bukan kepalang.Satu hari sahaja kerja yang diberikan oleh ayahnya sudah cukup membebankan kepalanya buat seketika waktu ini.Ari melepaskan pandangannya diluar cermin kaca memandang
kesesakan bandar Kuala Lumpur dari pandangan atas.Nampak cantik pula,hari semakin senja.Ari terlelap.

Scotland.
Aku benci kau!!Sial!!..Papa...Mama..Tolong Rina,,Rina tak kuat.”Gadis ini teresak-esak menangis melepaskan beban yang dipendam.Dia jijik memandang wajahnya di dalam cermin,kandungannya semakin membesar.Dalam fikirannya waktu ini hanya ingin membunuh anak dalam kandungannya,tapi entah mengapa seolah ada seruan yang tidak mengizinkan tindakkannya.Tiba-tiba gadis ini pengsan.

Ari terkejut dari mimpinya,peluh keluar menitik.

SAMBUNGAN






No comments: