Monday, December 19, 2011

Sang hujan

bila hujan turun..
satu badan jadi sejuk sebab kita tak tahan tahap kesejukan 
yang menusuk-nusuk tulang sum-sum
oh tidak sejuknya hujan..

tapi bila tengok hujan turun menghempas tanah dan pelbagai di muka bumi ini..
aku terasa tenang melihat sang hujan..
tatkala sebelum hujan itu turun angin menghembus dahulu tentang perkhabaran hujan..
nyaman rasanya..

tapi jika yang berjalan tanpa perlindungan maka hujan akan tempias di atas-atas manusia
jika yang jatuh itu renyai-renyai kita terasa nyaman pula
dan kadang kala yang jatuh itu lebat sakit mula terasa kerana kita takut jatuh sakit
kenapa hujan?

bila ia berterusan membasahi bumi ini
hampir seluruh permukaan muka bumi ini mati dan perih
jadi air yang memusnahkan menyusahkan semua
berhenti lah hujan..

jika kita fahami tentang pengertian sang hujan ini
kita akan rasa indah melihat ia turun bersama-sama 
melepaskan penat dan kecewa dikala dingin
seronoknya hujan

begitulah cinta yang kita ada sebenarnya
ia turun seperti hujan tanpa kita sedar
hanya tanda-tanda sahaja yang mengkhabarkan perasaan cinta itu
hargai sesuatu yang diberikan nikmat oleh tiap-tiap manusia..




No comments: